Pengasuh 28 Tahun Didakwa Bunuh Bayi 7 Bulan Di Taska: Keselamatan nyawa (Hifz al-Nafs)

HANCUR berkecai hati seorang ibu dan ayah apabila anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) dalam keadaan sihat walafiat, pulang sebagai sebuah jasad yang sudah tidak bernyawa.

 

Kes melibatkan bayi lelaki yang maut di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas seorang pengasuh didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mangsa. Menurut laporan media, wanita berusia 28 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang bayi lelaki dikenali sebagai Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska di Bandar Kinrara, awal bulan ini.

 

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, dilaporkan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad pada Khamis lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada wanita terbabit memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah turut menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bayi berusia tujuh bulan itu di sebuah taska di Kinrara Commercial Unit antara jam 9.30 pagi hingga 10.40 pagi pada 5 Mei lalu.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.

ChatGPT Image Jun 7 2026 03 22 59 PM - BeDaie

Dalam Islam, keselamatan nyawa (Hifz An-Nafs) adalah perkara paling tinggi yang wajib dilindungi. Perbuatan mengasari atau mengabaikan amanah sehingga meragut nyawa manusia, apatah lagi seorang bayi yang lemah dan tidak berdaya, adalah satu dosa besar yang amat dimurkai Allah SWT.

 

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’am, ayat 151:

“…Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu sebab yang benar…”

 

Berdasarkan kupasan Pejabat Mufti, ayat ini merupakan larangan mutlak daripada melakukan sebarang kezaliman yang boleh menghilangkan nyawa orang lain tanpa hak. Sesiapa yang sengaja merosakkan atau meragut nyawa, hukuman yang berat menantinya di dunia dan di akhirat kelak.

 

Dalam masa sama, ada juga warga maya yang berharap pemantauan di pusat jagaan dapat diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. “Sesiapa yang buat servis mengasuh wajib ada CCTV yang mak ayah boleh tengok guna fon sepanjang jam asuhan,” tulis warga maya yang lain. Seorang lagi warga maya, mempersoalkan tindakan individu yang masih berani melakukan perkara tidak bertanggungjawab walaupun mengetahui kawasan terbabit mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). Pembaca semua rasa patut tak undang-undang wajibkan semua taska sedia live CCTV untuk mak ayah?

 

Peristiwa seperti ini mengingatkan kita bahawa setiap nyawa adalah amanah yang mesti dipelihara dan dihormati. Dalam Islam, menjaga nyawa (Hifz al-Nafs) merupakan antara tujuan utama syariat yang tidak boleh dipandang ringan.

Buku Bidayatul Hidayah membimbing kita untuk membentuk akhlak, sifat ihsan dan rasa tanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan.

Dapatkan sekarang di BeDaie.

 

 

0