BeDaie merupakan sebuah platform pengajian Islamik seperti Sirah, Ibadah, Fiqh dan Al-Quran. Ianya juga membantu para pengguna untuk menjawab pelbagai persoalan dan kemusykilan berkaitan masalah agama melalui pengajian dan penerbitan buku agama.
BeDaie telah dilancarkan pada 10 Ogos 2021 bersamaan 1 Muharram 1443H. Pelancaran ini dirasmikan oleh Yb Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi di negeri Kelantan.
BeDaie melibatkan penyertaan melebihi ratusan para ustaz dan ustazah serta ilmuwan agama dari pelbagai negara. BeDaie kini sudah meliputi 4 negara iaitu Malaysia, Yaman, Thailand dan Indonesia.
Hal Ini dapat memberikan impak yang sangat positif terhadap pembangunan dan memartabatkan ilmu agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Membina platform madrasah digital setaraf antarabangsa yang merangkumi semua pelajaran agama di setiap peringkat pengajian sama ada diperingkat pondok, sekolah, universiti dan sebagainya.
Membantu pelajar, guru dan masyarakat umum untuk terus belajar dan memperdalam pengetahuan mereka tentang agama melalui platform digital Bedaie, program islamik dan dunia penerbitan.
Mencipta platform-platform agama secara digital seiring dengan teknologi semasa dan perkembangan dunia.
Mengadakan pelbagai program-program yang berkonsepkan islamik
Menyampaikan pengajian agama dan membuka peluang pekerjaan kepada para Asatizah
Menerbitkan buku-buku agama berdasarkan kitab yang sahih dan diiktirafkan oleh badan yang bertauliah
DAKWAH DIGITAL NETWORK 202403146893 (003608419-H)
Kandungan di laman ini termasuk teks, grafik, dan bahan lain adalah milik BeDaie atau digunakan dengan izin dan dilindungi undang-undang hak cipta. Penggunaan tanpa keizinan dilarang. Maklumat di sini adalah untuk tujuan maklumat am dan bukan nasihat profesional. BeDaie tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kehilangan yang timbul dari penggunaan maklumat ini.
Copyright © 2024 Dakwah Digital Network Sdn. Bhd. All Rights Reserved. This Website Is Made By Sahabat Xpert