Isu penahanan beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Lebih membimbangkan apabila isu ini dikaitkan secara langsung dengan zakat, sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi zakat di negari ini. Namun, penelitian yang teliti mendapati bahawa dana yang diseleweng tersebut sebenarnya melibatkan sumbangan awam yang dikendalikan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan dana zakat rasmi yang diuruskan oleh pihak berautoriti agama negeri.
Hakikat ini penting untuk difahami agar masyarakat tidak tersalah tafsir sehingga menjejaskan kepercayaan terhadap institusi zakat. Institusi zakat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berfungsi mengurus kutipan dan agihan zakat secara sistematik, telus dan tertakluk kepada audit serta pemantauan berkala. Oleh itu, sebarang dakwaan penyelewengan perlu diteliti dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan fitnah yang boleh merosakkan reputasi institusi Islam.

Dalam Islam, amanah dalam menguruskan harta, khususnya zakat, merupakan tanggungjawab yang sangat besar. Allah SWT berfirman dalam
Surah al-Anfal ayat 27:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui.”
Ayat ini menegaskan bahawa pengkhianatan terhadap amanah, termasuk dalam pengurusan dana kebajikan seperti zakat dan sedekah, merupakan satu dosa besar yang ditegah keras dalam Islam.
Selain itu, Rasulullah SAW juga memberi amaran keras terhadap perbuatan menyeleweng harta amanah. Dalam sebuah hadith riwayat Sahih al-Bukhari, Baginda bersabda:
“Sesiapa yang kami lantik untuk melakukan suatu pekerjaan, lalu dia menyembunyikan walaupun sebatang jarum, maka itu adalah satu bentuk pengkhianatan (ghulul) yang akan dibawanya pada hari kiamat.”

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa walaupun sekecil-kecil harta yang diseleweng, tetap dianggap sebagai pengkhianatan yang berat di sisi Allah SWT.
Walau bagaimanapun, masyarakat perlu bersikap adil dan tidak terburu-buru menghukum keseluruhan sistem zakat hanya berdasarkan kes terpencil yang melibatkan individu tertentu. Sikap generalisasi sebegini boleh membawa kepada hilangnya kepercayaan terhadap institusi zakat, sedangkan institusi tersebut memainkan peranan penting dalam membantu golongan asnaf dan membangunkan kesejahteraan ummah.
Di saat isu amanah dipersoalkan, kita kembali mencari panduan dari wahyu.
Buku Tadabbur Ad-Dhuha & An-Nas keluaran BeDaie mengajak kita memahami erti kebergantungan kepada Allah dan menjauhi sifat khianat.
Baca, hayati, dan perbaiki diri dari dalam.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.




