“Jihad Atau Sekadar Hiburan?” – Teguran Terbuka Isu ‘Sumud’ Bercampur Pergaulan Bebas, Ini Realiti Yang Kita Perlu Berani Tegur!

“SUMUD MAKSIAT?” Berat sungguh label ni, kan? Tapi sebelum kita rasa tersinggung atau melenting, jom kita bertenang sekejap dan dengar dulu. Saya tulis ni bukan sebab saya dah cukup baik, tapi sebab saya bimbang tengok apa yang kita mula normalisasikan hari ini.

Baru-baru ni tular video aktiviti ahli Sumud berkumpul bersama bercampur lelaki dan perempuan sambil menyanyikan lagu-lagu ‘galau’. Saya faham, niat asal mungkin nak healing, nak berhibur atau nak rasa kebersamaan. Tapi secara jujurnya, ada beberapa perkara yang rasa macam dah ‘terbabas’ dari landasan syariat yang kita perlu sama-sama perhatikan.

  • Amanah Mencegah Kemungkaran

Kita sebagai saudara seislam, perlulah kita untuk sentiasa saling tegur-menegur. Allah sebut dalam Surah Ali-Imran, ayat 104;

 

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ

 

Maksudnya: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Dan ingat tak pesan Nabi SAW? Kalau nampak benda tak betul, ubah dengan tangan (kuasa). Kalau tak mampu, dengan lisan (tegur). Kalau tak mampu juga, paling kurang benci dalam hati. Dan Itulah selemah-lemah iman (HR. Muslim). Kita tak boleh diam bila nampak sesuatu yang boleh mengundang fitnah kepada agama kita sendiri. Jadi sebab Itulah hari ini, selagi saya mampu saya cuba untuk tegur.

  • Batas Pergaulan: Bukan Sekadar Suka-Suka

Mungkin ada yang terfikir, “Eh, salah ke nak berkumpul?” Sebenarnya, Islam dah gariskan asas pergaulan yang sangat cantik untuk jaga kita.

 

Percampuran antara lelaki dan wanita ni sebenarnya hanya dibenarkan atas urusan darurat atau keperluan muamalat seharian kita sahaja. Selagi ia tidak menimbulkan fitnah, menjaga batas syariat, serta memelihara nilai adab, ia dibenarkan. Tapi kalau dah sampai tahap duduk bersantai-santai tanpa sebab yang mendesak, apatah lagi dalam suasana yang bebas, kat situ kita dah mula melanggar garis panduan yang ditetapkan.

  • Antara Niat, Nyanyian Galau, dan Maruah

Bila bercakap soal nyanyian pula, para ulama seperti Syeikh Sulaiman al-Jamal menjelaskan dalam kitab Hasyiyah Jamal bahawa nyanyian tanpa alat muzik pun boleh jadi makruh kalau dinyanyikan depan ajnabi. Apatah lagi, kalau dah mula ada rasa fitnah, hukumnya boleh terus jadi haram.

 

Imam al-Ghazali juga pesan, bila berkait bab nyanyian semua ni berbalik kepada niat. Masalahnya, bila kita menyanyi lagu ‘galau’ yang mendayu-dayu depan lelaki ajnabi, kita dah tersasar dari pesanan Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 32;

 

“…Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya…”

sumud maksiat - BeDaie
  • Anak Muda Masa Depan Negara

Semangat kita nak bantu Palestin tu dah sangat luar biasa. Alhamdulillah! Sangat perlu dicontohi, tapi bila contoh pejuang Normalisasikan perkara yang tak sepatutnya dinormalisasi. Maka, itu adalah sesuatu perlu kita tegur Dan sama-sama perbaiki. Sebab Allah sebut dalam Surah Al-Maidah, ayat 2; 

 

“Tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa…”

 

Kerana Anak muda adalah masa depan negara, jadi sama-sama kita beri contoh yang terbaik, moga masa depan negara kita dipimpin oleh sebaik-baik pemimpin. Kerana kalau kita nak tengok kemenangan Islam, ia bermula dengan cara kita jaga batas dan adab hari ini. 

 

Kita buat kerana Allah, jadi jom buat dengan cara yang Allah suka. Barulah ‘Sumud’ (teguh) yang kita laungkan tu betul-betul bermakna. Tegur bukan sebab nak menghukum atau melabl tapi tegur sebab sayang,  Dan kita kongsi sebab nak masuk syurga sama-sama. 😊

Ketegasan dalam menjaga prinsip Islam tidak pernah membataskan semangat perjuangan, malah ia menguatkan jati diri seorang Muslim. Dalam dunia yang penuh dengan kekeliruan dan godaan, kita memerlukan ‘kompas’ untuk memastikan jiwa kita kekal di jalan ketaatan. Temui panduan untuk membimbing diri dan menjaga maruah dalam setiap tindakan melalui Bidayatul Hidayah – Panduan Membimbing Jiwa Untuk Taat terbitan Bedaie. Kerana hidayah itu bermula dengan kesedaran untuk memperbaiki diri.

0