Bila isu Sumud Flotilla 2.0 naik, ramai yang berdarah muda dengan semangat membuak-buak nak turun padang. Tapi relaks dulu, jom kita sembang santai. Kita kena tanya diri sendiri, Ini betul-betul jihad yang dituntut atau kita cuma hanyut dengan emosi sampaikan terlepas pandang realiti?
Situasi kat Timur Tengah sekarang bukan macam dalam drama atau filem aksi. Itu zon perang yang bila-bila masa boleh jadi “kubur” kalau kita tak ada persediaan. Semangat nak membantu tu memang bagus tapi jihad dalam Islam bukan sekadar meluru masuk ke medan tanpa strategi dan ilmu.

Ramai asatizah dan alim ulama dah pesan, jihad perang bagi wanita ni bukanlah satu kewajipan. Kenapa? Sebab Islam tu agama yang sangat menjaga maslahah (kebajikan) dan keselamatan wanita.Setiap orang ada peranan masing-masing. Kalau kat rumah pun kucar-kacir, anak-anak terabai atau kita sendiri tak ada kepakaran khusus (seperti medik atau logistik), kehadiran kita kat sana mungkin bukan meringankan beban tapi menambah beban kepada pejuang sedia ada. Nak kena jaga keselamatan kita lagi, nak kena fikir makan minum kita lagi dah jadi satu isu lain pula. Allah SWT dah sebut dalam Al-Quran bahawa setiap orang diberi ruang untuk berjihad mengikut kemampuan dan konteks yang betul. Tak semua kena angkat senjata atau pergi ke zon bahaya kalau ada tanggungjawab lain yang lebih kritikal.
لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ
“Tidaklah sama orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman dengan tidak ada sesuatu uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka…” (Surah An-Nisa’: 95)
Maksudnya: Walaupun jihad harta dan jiwa itu tinggi darjatnya, Islam tetap melihat “uzur” atau halangan (seperti keselamatan wanita dan urusan keluarga) sebagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum bertindak.
Kesimpulannya, zaman sekarang nak bantu umat bukan sekadar pergi ke barisan hadapan. Kita ada jihad ilmu untuk lawan naratif palsu di media sosial dan jihad harta untuk salurkan bantuan kepada NGO yang betul-betul mahir. Kalau kita pergi tanpa keperluan mendesak atau persediaan mental yang kental, risikonya sangat tinggi. Jadi, untuk situasi Sumud Flotilla 2.0 ni, patut ke wanita ke depan atau sebenarnya ada tanggungjawab yang lebih besar kat rumah yang perlu diselesaikan dulu?
Adakah tindakan kita ini menepati syarak atau sekadar mengikut arus emosi? Sebelum menyokong, pastikan kita faham batasan hukum dalam berjuang dan bermuamalat. Dapatkan panduan lengkap untuk menjadi hamba yang berilmu dengan Safinatun Najah – Panduan Fiqh Lengkap Seorang Hamba terbitan Bedaie. Ilmu dahulu, baru bertindak.




